2012年4月20日星期五

Pertandingan Karaoke

安顺南霹雳福州公会主办。下霹雳县小学暨会员子女华语卡拉ok歌唱比赛

2012年4月16日星期一

Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Perak Yang Ke 84♥19 April 2012

DAULAT TUANKU, KAMI WARGA SJKC BAGAN PASIR LAUT INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK YANG KE 84 TAHUN.
Semoga Tuanku Dilanjutkan Usia Dan Perak Terus Maju Di Bawah Pemerintahan Tuanku Dengan Berkat Keizinan Allah SWT. Semoga Tuanku Akan Terus Pertahankan Martabat Agama Islam, Bangsa Melayu Dan Tanah Air Disamping Menjaga Hak2 Kaum2 Dan Agama lain Yg Sudah Termaktub Dlm Perlembagaan Negara.

Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu 2012 (16.04.2012-17.04.2012)

Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu dijalankan di makmal komputer. Murid-murid menjawab soalan dengan menggunakan komputer.
Murid Tahap 1 : 40 minit
Murid Tahap 2 : 60 minit



2012年4月11日星期三

Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah


Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).
Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.
Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.

Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.

Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.

Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.

Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dan yang tertua ditabalkan (84 tahun).Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.

Istiadat pertabalan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong telahpun dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012

Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:

   1. Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
       dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
   2. Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.

Baginda memiliki tiga puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Safinaz. Baginda memiliki lima cucu.

Baginda pernah berkahwin pada awal remaja Baginda pada sekitar 1945 bersama orang kebanyakan dan berpisah semasa Baginda melanjutkan pelajaran Baginda ke England. Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan seorang Puteri.

Raja Muda Kedah kini ialah Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah, adinda baginda.
(rujukan dari wikipedia)

Istiadat Pertabalan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong ke 14

Rabu,11 April 2012 Istiadat Pertabalan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong ke 14,Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan diadakan di Balairong Seri Istana Negara Jalan Duta.Ini adalah pertabalan kedua baginda Sultan Kedah ,sebelum ni pernah di istihar menjadi Yang Dipertuan Agong ke 5 antara tahun 1970 hingga 1975.

Baginda menggantikan Yang Dipertuan Agong ke 13,Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga sultan terengganu.Sempena istiadat pertabalan tersebut kerajaan mengistiharkan 11 April sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

"DAULAT TUANKU"

Jejak