2010年11月18日星期四

SEJARAH SEKOLAH

     Sekolah Jenis Kebangsaan Bagan Pasir Laut ditubuhkan pada tahun 1927. Sekolah ini ditubuhkan oleh Encik Chan Hup Soon. Beliau merupakan salah seorang penduduk yang berada di kampung ini. Pada masa itu, sekolah ini dinamakan sebagai SRJ(C) Xin Ming. Nama sekolah tersebut diberi juga disetujui oleh semua penduduk Kampung Bagan Pasir Laut.
     Pada masa itu, terdapat empat puluh orang murid sahaja yang belajar di sekolah ini termasuklah murid yang datang dari kampung jiran iaitu Kampung Bagan Lipas dan Kampung Parit Empat. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai nelayan. Pada masa itu, mereka hanya dapat belajar dari darjah satu hingga lima. Jika pelajar tersebut ingin melanjutkan pelajaran di darjah enam, mereka perlu pergi ke Bandar yang bernama Teluk Intan. Di sana terdapat sebuah sekolah yang bernama SJK(C) San Min.
     Pada tahun 1964, nama sekolah tersebut ditukar oleh pihak kerajaan sebagai SRJK(C) Bagan Pasir Laut. Hal ini telah menunjukkan bahawa sekolah ini telah Berstatus Bantuan Modal. Nama sekolah ditukar adalah disebabkan perbelanjaan sekolah semakin bertambah menyebabkan penduduk-penduduk di sini  tidak dapat menanggungnya. Selain itu, bilangan murid juga semakin bertambah sehingga seratus enam puluh orang murid. Inilah jasa En. Chan Cheng Hock kerana beliau yang memohon dan mencadang untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah berstatus Bantuan Modal. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban penduduk.
     Pada tahun 6 Mei 1968, sekolah ini dijadikan sekolah berstatus Bantuan penuh. Pada tahun tersebut, alamat sekoloah juga ditukar dari Lot 4252 ke Lot 4273. Sekolah ini dapat dijadikan sekolah berstatus Bantuan Penuh atas bantuan Dato Lope Hashim Bin Ketong DPMP, PMP, PJK, En. Sulaiman Bin Bulon PJK, En. Chan Cheng Hock, ketua kampung iaitu Ong Kim Leng, dan Tuan Haji Mohammad Abas Bin Ahmad JP. Terdapat bantuan mereka, empat buah bilik darjah kayu-kayan dapat dibina. Selain itu, juga terdapat lima buah bangunan yang berada di sekolah ini dapat dibina iaitu sebuah bilik guru, sebuah bilik guru besar, sebuah bilik stor, sebuah tandas, dan sebuah kantin.
     Pada tahun 1975, empat buah bilik darjah tambahan dibina dan bilangan murid semakin meningkat. Pada tahun yang sama, pihak kerajaan juga meluluskan wang sejumlah empat ribu tujuh ratus ringgit untuk membina pagar sekolah. Seterusnya, rumah guru dibina oleh PIBG pada tahun 1987. Pada tahun itu, darjah enam juga diwujudkan di sekolah ini supaya mereka dapat menyambung pelajaran yang lebih tinggi.
     Pada tahun 1990, pihak sekolah memohon bekalan elektrik LLN. Akhirnya, pihak sekolah telah berjaya mendapat bekalan elektrik. Pada tahun 1995, JPN telah membenarkan dan membina rumah guru di sekolah ini. Pada tahun 2004, sekolah ini telah mendapat kelulusan untuk menaik taraf kantin, tandas guru serta mengecat semula bilik darjah, bilik guru dan bilik guru besar.
     Pada tahun 2007, prasekolah telah ditubuhkan. Seramai 25 orang murid termasuk umur 5 tahun dan 6 tahun yang diajar oleh guru terlatih dan seorang pembantu sambilan. Pada tahun yang sama, sekolah ini juga mendapatkan kelulusan untuk membina makmal komputer.
     Dengan adanya sokongan dan kerjasama serta berganding bahu pihak berkenaan, sekolah ini telah berkembang dan menjadi sebuah sekolah yang dihargai oleh penduduk-penduduk kampung ini.

Jejak