2013年6月25日星期二

MAKLUMAN : PENUTUPAN SESI PERSEKOLAHAN PADA 26 JUN 2013 (RABU)

Semua Guru Besar,
Semua Pengetua,
Sekolah-sekolah daerah Hilir Perak

Tuan

MAKLUMAN : PENUTUPAN SESI PERSEKOLAHAN PADA 26 JUN 2013 (RABU) BERIKUTAN FENOMENA JEREBU

Berdasarkan surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 14 tahun 2013, perkara 3.3, Semua sekolah yang berada di dalam kawasan atau daerah yang mempunyai IPU (API) melebihi 300 hendaklah ditutup dengan serta merta.

Berikutan Perkembangan terkini tentang fenomena JEREBU didaerah Hilir Perak IPU (API) adalah melebihi 300. Berikutan itu semua sesi persekolahan diarahkan tutup pada 26 Jun 2013 (Rabu). Sebarang aktiviti hendaklah dihentikan serta-merta. Arahan penutupan ini adalah untuk tarikh 26 Jun 2013 (Rabu) Sahaja.

Arahan tutup sekolah akan dimaklumkan dari semasa kesemasa. Mohon Pengetua dan Guru Besar sentiasa  merujuk portal untuk sebarang maklumat tentang penutupan sesi persekolahan. Pihak PPD akan menyelaras cuti berganti bagi sekolah-sekolah yang terlibat.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Tn. Hj. Abd. Rahman b. Shaari (Penolong PPD sekolah rendah) di talian 013-4487564 atau En. Marashin @ Hashim b. Mohammad (Penyelia Sekolah Rendah) di talian 019-5253765.

Surat maklumat daripada JPN sila klik DISINI
Surat Siaran Kementerian Pendidikan Bilangan 14 Tahun 2013 klik DISINI
Sekian,terima kasih
 

MAKLUMAN PENUTUPAN PERSEKOLAHAN SESI PETANG 25 JUN 2013

Semua Guru Besar,
Semua Pengetua,
Sekolah-sekolah daerah Hilir Perak

Tuan

MAKLUMAN : PENUTUPAN PERSEKOLAHAN SESI PETANG PADA 25 JUN 2013 (SELASA)

Berdasarkan perkembangan terkini tentang fenomena JEREBU didaerah Hilir Perak, semua persekolahan sesi petang diarahkan tutup pada 25 Jun 2013 (Selasa). Sebarang aktiviti hendaklah dihentikan serta-merta. Arahan penutupan ini adalah untuk tarikh 25 Jun 2013 (Selasa) Sahaja.

Mohon kepada semua warga sekolah supaya sentiasa memakai penutup hidung (nasal mask) sebagai langkah keselamatan. Pihak sekolah juga diminta memaklumkan kepada pihak PPD Hilir Perak sekiranya terdapat sebarang kes pelajar yang dimasukkan ke hospital kesan dari fenomena JEREBU.

Arahan tutup sekolah akan dimaklumkan dari semasa kesemasa. Mohon pihak sekolah merujuk portal untuk sebarang maklumat. Pihak PPD akan menyelaras cuti berganti bagi sekolah-sekolah yang terlibat.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Tn. Hj. Abd. Rahman b. Shaari (Penolong PPD sekolah rendah) di talian 013-4487564 atau En. Marashin @ Hashim b. Mohammad (Penyelia Sekolah Rendah) di talian 019-5253765.

Surat maklumat daripada JPN sila klik DISINI

Sekia,terima kasih

Jejak